وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا
يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)" Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."(LUQMAN:12)
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
" And ( remember ) when Luqman said unto his son , when he was exhorting him : O my dear son! Ascribe no partners unto Allah . Lo! to ascribe partners ( unto Him ) is a tremendous wrong"(LUQMAN:13)
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(LUQMAN:13)
Tajuk : Macam Mana nak Jadi Bijak
(cara Rasulullah)
“Rasululllah
adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia.
Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.
- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.
- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.
-
Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu
sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika
bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai
bila2.)
- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.
-
Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan
Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah
bahasa Arab.
- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.
-
Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat
Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan
kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius.
Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak
sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.
-
Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk
tidak dizalimi oleh musuh… kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.
- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.
-
Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap
hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan
bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian
masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.
-
Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu
alangkah nipisnya iman kita.
“Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa
tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” Adakah itu
yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah
mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya
iman kita.
-
Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin
dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat
kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka
mereka buat jahat. Kita ni… dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah
buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk
dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak
salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?
- Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?
-
Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati
sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati
sebagai kafir dan masuk neraka?
Atas
maksud itu kita kena buat kerja, rakan-rakanku. Kerja agama. Kerja Nabi
SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka.”
Sumber : http://www.syok.org