Monday, March 25, 2013

Macam mana nak jadi Bijak??



وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ   

 
"And verily We gave Luqman wisdom , saying : Give thanks unto Allah ; and whosoever giveth thanks , he giveth thanks for ( the good of ) his soul . And whosoever refuseth Lo! Allah is Absolute , Owner of Praise ".(LUQMAN:12)


"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)" Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."(LUQMAN:12)

  

 وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
                  

 " And ( remember ) when Luqman said unto his son , when he was exhorting him : O my dear son! Ascribe no partners unto Allah . Lo! to ascribe partners ( unto Him ) is a tremendous wrong"(LUQMAN:13)


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(LUQMAN:13)
 
Tajuk : Macam Mana nak Jadi Bijak
(cara Rasulullah)
 
“Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.
- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.
- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.
- Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

- Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

- Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

- Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh… kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

- Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

- Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita.

 “Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

- Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka mereka buat jahat. Kita ni… dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?

- Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?

- Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati sebagai kafir dan masuk neraka?

Atas maksud itu kita kena buat kerja, rakan-rakanku. Kerja agama. Kerja Nabi SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka.”
Sumber : http://www.syok.org

Friday, March 22, 2013

Kisah Rintihan Seorang Anak Terhadap Ibunya!!




IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

Thursday, March 21, 2013

Keistimewaan Madu Lebah..:-)




"And your Lord inspired to the bee, "Take for yourself among the mountains, houses, and among the trees and [in] that which they construct."(An nahl 16:68)


"Then eat from all the fruits and follow the ways of your Lord laid down [for you]." There emerges from their bellies a drink, varying in colors, in which there is healing for people. Indeed in that is a sign for a people who give thought."(An nahl 16:69)

Malay translation:


"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (An-Nahl: 68-69)


Keistimewaan Madu Lebah..(@_@)


Fungsi madu lebah:
  • makanan berzat yang bermutu tinggi
  • makanan penjagaan kesihatan
  • ubat kepada pelbagai jenis penyakit
  • sumber tenaga.. selain kurma, jika berpuasa minm madu sesudu ketika sahur, mampu bekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa. 
Keistimewaan Madu Lebah
  • mencerdikkan akal
  • baik untuk kesihatan
  • tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman
  • mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan
  • membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
  • membantu memulihkan tenaga seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak seperti ahli sukan, pekerja buruh, petani dan pelajar.
  • walaupun mengandungi gula, ia daripada jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
  • mempunyai kesan laxative semula jadi bagi melawas pembuangan air besar
  • amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan fikiran
  • madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. ia boleh memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit
  • hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)
Kandungan zat dalam madu lebah:
  • Vitamin: Vitamin A, B-Compleks, Vit. C, Vit. E, Vit. K
  • Zat galian: kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnaesium, natrium, kalium, klorin, iodin, kuprum, manganese, silika, riboflavin, protein, potassium.




 KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI



A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
   NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri


*sumber:buku "Rahsia Minda Hebat" karangan Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood



 







10 sebab Doa kita tidak dikabulkan..:-)




Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh   orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".


.Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".


1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-
   haqNya.



2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan
   tuntutannya.



3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih
   mentaatinya dan menyetujui seruannya.



4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi
   tidak mengerjakan sunahnya.



5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak
   mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke
   Syurga.



6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi
   ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.



7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-
   siap menghadapi mati.



8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi
   tidak pernah melihat aibmu sendiri.



9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi
   tidak mahu bersyukur kepadaNya.



10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi
     tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Friday, March 15, 2013

Fadhilat Surah Al-Ikhlas




Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Ikhlas

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali  nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Quran sekali khatam.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:
 ”Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”
  •  Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.
  • Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
  • Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
  • Supaya ditunaikan segala hajat, meluaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama     : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua         : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga         : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat     : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali

Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.
  • Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh.
  • Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
  • Rasulullah s.a.w sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda s.a.w.
  • Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
  • Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”

Kelebihan Surah Al-Mulk



TAZKIRAH:Surah Al -Mulk dapat menjauhkan kita daripada Seksa Kubur.Amalkan...:)

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Selain itu, ayat 14 dalam surah Al-Mulk mempunyai kelebihan iaitu :


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

Kelebihan Selawat Tafrijiyah


Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami nabi Muhammad, yang dengannya akan terurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat, dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa juga yang engkau ketahui.."

Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.. Supaya dengan lebihan rezeki yang berjaya anda perolehi dapat disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.. Bila kita banyak bersedekah, Insya Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..
"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan, 
  • ilmu yang memberi faedah, dan 
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
                                                                                                                       -Hadis Sohih-